Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah..
akhirnya selamat pulang dari asrama.. Setelah berhempas pulas menghadap trial SPM..
Ok..buat adik-adik ku yang disayangi selalu , mungkin tahun ini tahun terbaik dalam menyediakan diri untuk SPM tahun depan tapi dalam sibuk-sibuk belajar tu ada saje masalah yang datang tanpa diundang..
Time ni lah rase tension macam nak pecah kepala semua ada..jangan tipu la..bak kata orang, akak makan kfc dulu dari kamu. Bila masalah datang menziarah, tolong lah bertenang. Jgn cepat melatah tak tentu pasal. Ada yang datang jumpa akak bertanya "Akak , kita ada masalah ni tapi tak tau macam mana nak selesaikan". Wahai adik-adik ku , dengar sini baik-baik. Setiap masalah yang datang itu adalah ujian dari Allah. Kalau dah datang pun dari Dia , dengan siapa lagi kita nak mohon bantuan kalau bukan dari Dia juga. Ingat lah , ujian itu tanda Allah sayang pada kita. Supaya kita ingat pada-Nya selalu. Tapi kita ini hanya manusia biasa yang tak lekang dari sifat lupa dan leka.
Allah juga nak uji kita, aadakh kita ini hambaNya yang mampu bersabar.Allah s.w.t telah berfirman:
Dan sesungguhnya telah Kami buat dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka.
Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.
(Surat 30 Ar-Ruum (Bangsa Romawi) Ayat 58-60)
Ayat Al-Quran ini cukup membuktikan bahawa kesabaran itu amat penting dalam kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi pada waktu umur yang cukup muda , kesabarn itu seringkali ditolak tepi. Bila hilang kesabaran , otak mula fikir bukan-bukan. Masa inilah syaitan laknatullah akan ambil kesempatan. Dibisik pada kita supaya bersangka buruk pada Tuhan Yang Esa. Dikata Allah itu sengaja beri dugaan seperti ini untuk menyusahkan kita.
Adik-adikku sayang ,
Alalh itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada-Nya. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau masalah kecil pun dah macam ni , bila datang masalah besar yang memaksa kita mungkin hilang pertimbangan. Jadi pupuklah sifat sabar dalam diri bila dugaan menimpa. Ada juga adik yang meluahkan perasaan pada akak, "Akak , kenapa Allah bagi ujian macam ni pada adik ? Adik tak buat salah pun kena marah dengan keluarga. Tension la , rasa macam taknak balik rumah je". Kalau pernah terdetik di hati perasaan begini , cepat-cepat muhasabah diri. Kadang-kadang kita rasa diri ini hebat sehingga dimarah pun bengang. Akak pun pernah rasa benda yang sama. Bila dah duduk asrama , kita akan jarang bertemu keluarga. Dua minggu sekali je balik. Tu pun kalau balik lah. Bila balik dengan penat-penat, ingat dapat la "special treat" dengan keluarga tapi kena marah pula. Hati ni punyalah sakit. Kononnya nak protes , berkurung dalam bilik tak mahu makan. Akhirnya , perut sendiri juga yang pedih. Dah la sakit perut , tetap kena marah lagi. Lama akak renung.."kenapa agaknya aku kena marah ?".
Satu jawapan yang amat diyakini ketepatannya , akak tak jaga hubungan akak dengan Allah. Terlalu alpa dengan kesibukan dunia hingga lupa pada-Nya. HABLUMMINALLAH WA HABLUMMINANNAS.. Ayat ini mungkin sering menitir halwa telinga kita. Maksud umumnya merujuk kepada "jaga hubungan kita dengan Allah , Allah akan jaga hubungan kita dengan makhluk lain". Sehingga ke saat ini , akak genggam kata-kata ini sebagai pembakar semangat agar lebih dekat dengan-Nya. Alhamdulillah , Allah beri akak petunjuk. Baru lah keluarga akak tak marah akak. Maha suci Allah , Dialah tuhan sekalian alam.
Adik,
Yakin lah pada Allah. Setiap kali ada masalah , mengadu saja pada-Nya. Pasti Allah suka melihat betapa hamba-Nya ini amat mengharapkan bantuan dari-Nya. Mungkin adik tak faham sekarang. Tak apa. Ambillah masa untuk faham. Dah jumpa jalan penyelesaian ? Jangan tension lagi lepas ni. Sekian saja coretan dan bebelan akak buat adik yang tersayang. Teruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga Berjumpa lagi , assalamualaikum..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment