salamun 'alaik sahabat. ya rabb.. lama sangat dah tak menulis kat sini. pertama sekali mahu diucap syukur, sepanjang peninggalan blog ni banyak perkara baik berlaku. tak terucap dengan kata-kata. kedua, saya sudah melanjutkan pelajaran dalam kursus Higher National Diploma in Business Marketing setelah 3 semester dalam foundation, sekarang semester pertama. syukur. ketiga, terima kasih pada tuhan, Dia tarik sementara cinta pada manusia agar dapat fokus cinta pada Dia. YEAYY!
hari ni nak kongsi satu tips menjemput rezeki. tips ni pensyarah yang ajar. antara pensyarah yang sangat saya sayangi dan segani. okey, jom mula. kita mesti ada baanyaakk hajat kan? nak itu nak ini. lumrah manusia, tak pernah merasa cukup. tanam dalam hati sebuah niat, rezeki itu kurniaan Allah maka kita serah pada Dia. tapi tak bermakna tak perlu usaha ^_^
dah niat? bagus2. kedua, amalkan selepas solat, sujud. sujud biasa saja, tapi baca niat dalam hati apa yang kita nak tu, seolah2 Allah dah makbulkan. contoh kita nak berjaya dalam exam. jadi niatnya seperti : "Ya Allah, syukur Kau telah kurniakan aku keputusan perperiksaan yang cemerlang kali ini". atau niat nak miliki kereta Lamborghini pada tahun 2020. jadi niatnya "Ya Allah, syukur Kau telah kurniakan aku peluang untuk memiliki Lamborghini pada tahun 2020". perlu diingat ye, ini bukan ajaran sesat tetapi lebih kepada motivasi untuk berjaya. ulang sujud beserta niat ini setiap kali selepas solat. Allah maha mendengar, jangan risau :)
selesai sujud, duduk bertafakur dan berzikir. minta Allah tutup segala kekurangan dalam solat kita tadi. dalam doa pun ulang balik niat dalam sujud kita tadi. ulang dan ulang setiap kali lepas solat. jangan pernah jemu, jangan pernah merungut.
seiringkan niat kita dengan usaha. tanpa usaha, takkan jadi apa apa. kita nak makan pun kena usaha suap ke mulut kan? apatah lagi nak sukses dalam exam atau nak pakai kereta mewah. mana mungkin datang bergolek. selain tu, amalkan sedekah setiap hari. tak perlu banyak, sikit2 pun boleh yang penting konsisten. okey? agak2 boleh buat tak? mesti boleh punyaa! berusaha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment